Selama ini kita menyangkakan anak sungai DPP bersebelahan Masjid Desa Pinggiran Putra Fasa 1 itu hanya sungai kecil sahaja. Kita biasa sangat melihat gelagat kanak-kanak memancing ikan kekadang ada yang balik rumah dengan basah kuyup (dah terjun sungai lah tu) tersenyum sinis kita dibuatnya (teringat zaman kita kanak-kanak dahulu). Tidak kurang juga ada masa golongan dewasa menjala ikan disitu, lumayan juga hasil tangkapan. Betulkah kata pepatah Melayu "Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya" bukan ada buaya dalam sungai DPP maksud saya, tetapi inilah yang terjadi bila hujan lebat melanda.
Air melepasi paras biasa-biasa. |
Memang kita tidak menjangkakan sebegini besar air sungai DPP, memang BAHAYA bila hujan lebat. Tetapi itulah yang menjadi tarikan kanak-kanak yang bermain hujan. Jadi perhatikan lah anak-anak kita bila hujan lebat, bimbang perkara buruk berlaku pada mereka, jangan dibiyarkan mereka keluar rumah ketika hujan turun.
Lepasan air yang keluar selepas trowong air. |
Diharap perkongsian saya dapat memberi sedikit manafaat kepada seluruh warga DPP terutamanya Fasa 1. Moga bertemu lagi dilain post Blogs DPP ini.
No comments:
Post a Comment